LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA
Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan budaya. Walaupun pernah dijajah oleh kuasa barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun hari ini Malaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat. Pada hari ini kita mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya atas urusan pemerintahan dan pentadbiran negara kita sendiri. Hal ini bermakna kita tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar bagi menentukan arah dan hala tuju negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.
Dari segi politik misalnya, kita dikatakan mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidaklah seratus peratus mengikut sistem demokrasi barat atau mana-mana negara lain di dunia. Demokrasi yang diamalkan di negara kita telah diubah suai mengikut acuan, keperluan dan kepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya yang kita warisi sejak dahulu. Hal ini adalah semata-mata untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Kedaulatan negara ialah suatu yang perlu dijaga dan dikekalkan. Negara yang masih dijajah secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin asing mengambarkan kelemahan masyarakat dan pemimpin negara tersebut. Hal ini menunjukkan kerendahan maruah bangsa dan negara tersebut pada mata dunia. Negara yang dijajah bukan sahaja dipandang hina bahkan tidak dapat menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan negara akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing. Hal inilah yang telah berlaku semasa negara kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun pada masa dahulu. Bukan itu sahaja, bahkan banyak kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita telah dibawa keluar oleh penjajah ke negara mereka.
Menjaga dan menpertahankan kedaulatan negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat dan setiap individu yang mengaku dirinya warganegara malaysia. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
PEMERINTAH
-Memperkukuh sistem pertahanan & keselamatan negara.
-Menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
-Memperkukuh ekonomi negara:
~elakkan daripada penjajahan ekonomi
~menjadi negara pengeluar atau pembuat bukannya negara pengguna
-Mewujudkan sistem sosial dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insan bertaraf dunia.
MASYARAKAT
-Menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.
-Membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan, ekonomi & sosial.
INDIVIDU
-Cinta akan negara, bersemangat patriotik & sanggup berkorban untuk negara.
-Menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi semasa.
-Menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.
Wow ianya bagus untuk digunakan sebagai sumber maklumat!Kajian kes pun senang nak buat!Thanks!
ReplyDelete